Thursday, October 11, 2012

This is all about 'Masa Depan'

Assalamualaikum. Apa khabar semuanya? Agak lama diri ini tidak berceloteh di laman blogger. Tetiba hari ni terasa ingin bercerita. Ramai yang bertanya,di mana aku sambung belajar. Kolej/universiti mana yang aku pilih. Jurusan apa yang aku ambil. Aku penat untuk menjawab. Bukan penat apa. Penat menahan perasaan sedih kerana diri ini masih belum bergelar 'pelajar' kembali. Aku lah orang yang paling lambat melanjutkan pelajaran di kalangan kawan-kawan.

Bukan tidak dapat tawaran. Terlalu banyak tawaran. Antaranya ialah Kolej Matrikulasi,Tingkatan 6,KPTM,Institut Profesional Baitulmal,Unisel,MSU dan banyak lagi. Tapi semua itu terpaksa aku tolak atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Tipulah kalau aku kata tiada perasaan cemburu bila tengok kawan-kawan dengan kehidupan mereka sebagai pelajar universiti. Aku tahu rezeki memang ada di mana-mana. Cuma cepat atau lambat.

Dalam hal ni,family,boyfriend,kawan-kawan dan mereka yang memahami sahaja banyak memberi kata-kata semangat. Tidak semua orang mampu tangani masalah sedemikian.. Alhamdulillah aku cukup kuat untuk terima semua ni. Aku percaya pada rezeki Allah. Aku tahu perancangan Allah itu yang terbaik. Aku sebagai manusia hanya merancang. Tapi Allah yang menentukan. Aku hanya mampu berdoa & bertawakal. Selebihnya,Allah yang tetapkan.


Buat masa sekarang aku masih menunggu saat untuk memasuki alam baru. Kehidupan sebagai seorang pelajar. Andai tiada rezeki du Uitm,aku akan menjadi seorang pelajar jurusan Perakaunan di Politeknik Port Dickson. InsyaAllah. Doakan yang terbaik untuk aku.


thanks for reading. press like button n leave some comment oke :)

0 budak cute tinggalkan komen ^_^:

Daisypath Anniversary tickers