blog fatin.cerita fatin ^_^

Friday, November 8, 2013

No more teen after this

Assalamualaikum semua. Bertemu kita lagi setelah 5 bulan tak menaip. Ada banyak sangat cerita nak kongsi. Tapi masa sangat sangat tak mengizinkan. Seperti yang da tertulis dekat tajuk entry tu,aku nak cerita pasal birthday aku yang ke-19. My birthday is on 19th September. Da lama sangat da. Tapi baru sekarang nak update. Nampak tak bertapa take masanya nak menaip. Haha

This is my first time sambut birthday kat Jengka. Birthday aku hari Khamis. Memang hari tu ada 2 kelas je. Pukul 10-12 dan 2-3. Time tu pulak ada quiz sebelah petang. So aku bajet semua orang busy study and tak ingat birthday aku. Tapi aku silap. Tepat je pukul 12,phone tak henti henti bunyi. Ada yang call la. Sms lagi. Ada seorang classmate call and wish then dia cakap macam ni 'siaplah kau atin. Kau pergi kelas esok cantik,balik kelas belum tentu lagi.' Punyalah takut nak pergi kelas. Kot kot dorang nak prank aku dengan tepung telur bagai. Seumur hidup belum pernah kena macam tu. And harap takkan kena pun. Paling kelakar roomate yang ada dalam bilik pun hantar sms. Apalah salahnya wish je depan depan. Kononnya sweet la tu. Haha. Roomate sorang lagi boleh bantai tidur. Macam saja je kan taknak wish.

So paginya pergi kelas macam biasa. Dalam kelas pun sibuk semua nak wish. Siap ada yang nyanyi. Macam saja je nak madam tahu kan? Dua-dua kelas aku akan make sure aku orang terawal yang keluar kelas sebab takut kena prank. Haha. Habis kelas petang tu pergi Kfc. Tetiba farid,enor n yana nyanyi lagu happy birthday sambil bawak kek. Terharu okay dorang sanggup buat suprise macam tu. Serius tak sangka ada jugak yang nak sambut birthday aku even sibuk dengan test,quiz and nak final. Habis cerita kat Kfc kiteorang pun balik uitm. Ontheway tu tetiba dapat call dari ude. Wish n tanya nak pizza free tak. Untungkan dapat makcik yang jadi orang kuat Pizza Hut ni. Kiteorang pun patah balik pergi ambil pizza. Yang paling best,aku boleh order apa je yang aku nak. Hehe

Malamnya keluar dengan angah,ijam n danial. Nak sambut birthday girl katanya. Haha. Dorang ni pun satu. Siap nak beli tepung bagai. Nasib tak jadi. Kesian kat aku mungkin. Hehe. Btw,thanks danial belanja aku makan. Birthday kau hari tu aku tak sempat nak beli apa apa. Sebab stress sangat dengan final. Tunggu next year pulak k? Balik je malam tu terus bukak almari. Agak terkejut tetiba ada bear dalam almari aku. Ingatkan siapalah yang bagi kan. Rupanya roomate kesayangan aku si yana tu. Sweet sangat okayy.

Siang tu adik ada call cakap ada orang pos hadiah tapi kena ambil kat pejabat pos sebab time abang posman datang takde orang kat rumah. Aku kat Jengka tertanya tanya siapalah yang pos hadiah tu. Then bila da ambil,adik pun antar gambar hadiah tu. Rupanya jiran merangkap kembar aku yang bagi. Adik da tahu tapi pura-pura tak tahu. Bersubahat dengan si suziela tu. I think dats all about my birthday. Lets me share the present i got for my 19th birthday.

Oreo cheese cake from BFF. Thanks guy :)
Pizza from ude and cake yang da tinggal separuh :p
Someone gave me new watch and cute line's bear. Thanks dear <3
From one of my senior. Thanks :')
From roomate tersayang,yana. Thanks babe ;)
Note sweet ni ditampal sekali dengan bear pink tu. Terharu baca. Thanks a lot sayang ;')
From jiran yang comel. Selang beberapa rumah pun nak pos. Thanks weh :D

Ni jela hadiah-hadiah yang aku dapat untuk birthday tahun ni. Actually,ada lagi 1 hadiah dekat Abang Hapiz. Takde masa nak jumpa n tuntut hadiah tu. Tunggulah naik sem nanti baru ambil. Hehe. Thank you so much kepada mereka yang buat kejutan,yang wish,yang belanja makan,yang bagi hadiah and kepada semua yang terlibat dengan birthday aku yang ke-19 ni. I'm really really appreciate it. Hanya Allah yang dapat membalasnya. May Allah bless you all. Xoxo

Much love,
Fatin Nabilah

thanks for reading. press like button n leave some comment oke :)

Friday, June 7, 2013

Part 1 Memories

Assalamualaikum. Lama rasanya tak berkongsi cerita dekat blog ni. My last entry was about 6 months ago. So,now I want to share about my life in semester 1 as diploma student. Its was a long story actually. But i'll try to make it simple and short in 1 entry only.

Lets start with roomates. 1 bilik ada 4 orang. Dalam bilik aku tu ada 2 orang dari Selangor which is aku and Fana. Fana duduk kat Hulu Langat. Dekat sangatlah dengan rumah aku. Dia ambik course SR(Sport Rec) dalam bahasa melayu ialah Sains Sukan. Lagi 2 orang budak Science. Sorang dari Kelantan iaitu Faz dan sorang lagi dari Terengganu iaitu Syikin. Mereka sangat baik. Kami sangat rapat since mula-mula masuk lagi. Alhamdulillah kami tak pernah ada masalah dan masih rapat sampai sekarang. Sem depan semua da berpecah duduk dengan kawan masing-masing.

Our room
Kiteorang takde tangkap gambar berempat. Ni je yang ada
Next is classmates. Aku ditetapkan untuk masuk kelas A. Dalam kelas aku ada 19 orang je. 5 lelaki dan 14 perempuan. Dalam kelas aku n sorang je budak lelaki datang dr Selangor. Tp budak laki tu kat Shah Alam. Yang lain semua datang dari pelbagai negeri. Best sebenarnya classmates sikit. Takdelah berpuak-puak. Kiteorang sangat rapat antara 1 sama lain. Yang paling best,kiteorang sentiasa membantu sesama sendiri. Serius tak tipu. Memang da macam 1 keluarga. Makan sama-sama. Nak pergi kelas pun sama-sama. Nak study or buat assignment pun ramai-ramai. Kalau sorang kena marah dengan lecturer,yang lain akan bagi semangat. Sorang sakit,semua risau. Tak pernah pun ada masalah dengan mereka. Korang memang classmates yang awesome. Me love you guys so much :')

Terpaksa paste muka yang tengah2 tu sebab aku takde simpan gambar yang cukup 5 orang. hehe
The girls
Gambar ni tak lengkap sebab ada yang takde n ada jugak yang da keluar
Perkara wajib yang dianjurkan di universiti ialah dinner. Kiteorang budak part1 n part3 yang arrange dinner PERSIDA (Persatuan Siswa Siswi Diploma Perakaunan). So tema this sem is Kesultanan Melayu Melaka. Course lain semua buat tema Colour Block,Masquerate,Colour Pastel. Course kiteorang je lain sikit. Semangatlah masing-masing cari baju apa nak pakai untuk dinner nanti. Yela,part1 kan. Dia punya semangat tu lain macam. haha. Sampai sanggup turun KL sebab nak pergi Jalan TAR cari baju kebaya n songket. Dalam masa yg sama,nak jalan-jalan kat KL. So kat bawah ni adalah sikit aku selitkan gambar time dinner tu.


Coursemates :)
With Enor n Ecah
The first coursemate yg aku jumpa. Kebetulan sama kelas. Buat apa2 semua dgn dia
Classmates
Jejaka kacak ;)
Habis cerita pasal dinner. Proceed about study. Seperti semua orang tahu. Aku ambil course Diploma Perakaunan. Memang aku minat akaun. Tapi aku memang takde langsung basic akaun. SPM dulu aku Pure Science. Budak science ambik akaun. Mula-mula huru-hara jugak. Rasa susah sangat nak bawak subjek tu. Kawan pun banyak yang takde basic. Kalau ada pun macam blur-blur lagi. Maybe sbb da lama tinggalkan sekolah n da tukar dalam bahasa inggeris. Lecturer akaun,Sir Ipin selalu cakap,jangan jadikan takde basic tu alasan untuk tidak berjaya. Aku pegang kata-kata dia. Dan alhamdulillah i did well in my final. Aku sangat-sangat tak sangka dapat result macam tu. Aku percaya dgn rezeki Allah. Dan aku gembira dapat banggakan abah n mak. Aku harap aku dapat kekalkan prestasi aku ni agar abah n mak sentiasa bangga dengan aku. InsyaAllah

Memories :')

Rupanya entry ni elok tersimpan rapi kat dalam draft. Ingatkan da post da. Nasib tergerak hati nak bukak blog. Btw,esok da nak balik hostel. N i'll start my new sem. Rasa macam kejap je cuti 2 bulan ni. Apa-apa pun aku akan buat yang terbaik untuk sem baru ni. Wish me luck guys! Thanks for reading this entry. Assalamualaikum :)




thanks for reading. press like button n leave some comment oke :)

Daisypath Anniversary tickers