Sunday, June 3, 2012

Dia yang bernama Anis Syafira

Dulu aku hanya adore dia sebagai penulis blog yang berjaya. Suka sangat cara dia meluahkan segala cerita dia di blog. Ramai orang kenal dia. Terutama dikalangan pelajar sekolah. Aku tak pernah tegur dia. Hanya kenal dia dari jauh sahaja.

One day,terjumpa dengan dia secara tidak sengaja. That time aku terasa bagai mimpi. Selepas hari tu,aku hanya mampu tegur dia sekali dua sahaja di twitter. Aku tak pernah lupa untuk mengetahui setiap perkembangannya.

Satu masa tu aku baca tweet dia seolah-olah dia sedang bersedih. Dia seperti orang mempunyai masalah. Pada masa itu,aku memberanikan diri utk memberi kata-kata semangat kepada dia. Aku tak sangka dia mengajak aku untuk berjumpa. Dia mahu menceritakn masalahnya kepadaku.

Bukan mudah utk seseorang itu kongsi masalah dgn kita. Apa lagi jika kita baru saja kenal dgn orang itu. Memang tidak percaya bila dia mahu menceritakan kisah hidupnya kepadaku. Aku hanyalah orang  yg tak pernah dia kenali. Tapi aku percaya mungkin Allah mahu kami berkawan :)


Bila berjumpa dengannya buat kali kedua,aku rasa gugup pada awalnya. Sebabnya kami hanya berdua. Kami duduk sambil minum coolblog dan berkongsi cerita bersama. Pada saat itu bermulalah persahabatan kami dgn secara tidak sengaja.

Dia memang seorang yg cantik. Seorang pendengar yg baik. Seorang kawan yg boleh dibawa bergurau. Seorang yang simple. Seorang kawan yg suka paut tangan aku bila berjalan ;) Senang cerita dia seorang yg ckup sifatnya sbgai seorang sahabat.

Persahabatan kita memang baru. Tak sampai sebulan lagi kita berkawan. Tapi Fatin sangat harapkan persahabatan kita akan kekal sampai bila-bila. 


ANIS... Andai Anis baca blog Fatin ni,Fatin just nak cakap Fatin sayang Anis. Mengenalimu sesuatu yg tak pernah terlintas dlm fikiranku ini. Terima kasih sebab sudi berkawan dgn Fatin. Maaf jika sepanjang perkenalan kita,Fatin ada buat Anis terasa atau sakit hati. I'm so lucky to have you as my friend. Not only friend but bestfriend. Walau banyak mana pun kawan Anis,Fatin harap Anis takkan lupakan Fatin. Jagalah diri Anis baik-baik. Jangan tinggal solat. Semoga Anis dapat buat yg terbaik dlm stiap peperiksaan Anis nanti. Semoga Allah permudahkan segalanya utk Anis. Jangan lupa untuk berkongsi dgn Fatin kisah Anis di sana nanti. InsyaAllah,kalau ada masa kita jumpa lagi. I love you. And i love our friendship.

Cukup sampai sini saja coretanku pada kali ini. Entry yang mampu membuatkan aku menangis jika terus membacanya.


P/S : Mesti tertanya-tanyakan kenapa gambar mukaku di-blurkan? jawapannya sbb ni gambar bfore bertudung. Skrg da bertudung. Rsenya tak elok kan kalau anda semua tengok. So,aku ambil keputusan untuk blur kan muka aku. Biar aku n Anis sahaja yang tahu :)

Salam sayang,Fatin Nabilah


thanks for reading. press like button n leave some comment oke :)

2 budak cute tinggalkan komen ^_^:

Unknown said...

Sahabat Selamanya ... :)

Nadnod Azizan said...

hee. susah nak dapat kawan yang sudi menjadi pendengar yang baik. im happy for u :)

Daisypath Anniversary tickers